Back to All Events

Ceramah: Keseimbangan Dalam Kehidupan

  • Masjid Al-Muttaqin 5140 Ang Mo Kio Avenue 6 SG 569844 Singapore (map)

Sinopsis

Mempelajari dan mendalami sesuatu ilmu memberikan kesederan bahawa keperluan di dunia dan di akhirat perlu diseimbangkan sepertimana gaya hidup sihat dapat dijaga dengan adanya keseimbangan.

Ekstrimism dalam pengamalan agama atau mengejar keduniaan semata-mata dapat membawa kepada kecelaruan dalam kehidupan.

Menerima perbezaan pandangan dalam urusan agama atau kehidupan dengan hati yang terbuka selagimana ia tidak menyalahi syarak kerana ia merupakan sunnah dalam kehidupan.

Kata-kata mutiara: “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan berilmu. Barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan berilmu.” (Imam Syafi’i & Imam Ali)

Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya yang bermaksud: "Wahai Abdullah! Benarkah khabar orang kepada ku, bahawa engkau puasa sepanjang siang dan bangun untuk solat sepanjang malam?" Jawab ku, "Benar, ya, Rasulullah!" Sabda Nabi s.a.w., "Janganlah engkau lakukan lagi. Puasalah sehari dan berbukalah sehari. Bangunlah dan tidurlah! Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atasmu; matamu mempunyai hak atasmu; isteri mu mempunyai hak atasmu; dan tamumu mempunyai hak atasmu. Dan sesungguhnya cukuplah kiranya jika engkau puasa tiap-tiap bulan tiga hari. Maka untuk setiap kebaikanmu akan dibalas sepuluh kali lipat. Sesungguhnya yang demikian itu sama dengan puasa sepanjang masa." Kerana aku minta diperbanyak, maka diperbanyak untukku. Aku berkata, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku sanggup." Jawab Nabi s.a.w., "Puasalah seperti puasa Nabi Dawud a.s. dan jangan engkau lebihi dari itu." Tanya ku, "Bagaimana puasa Nabi Dawud a.s.?" Sabda beliau, "Seperdua masa." Setelah masa tuanya, Ahdullah berkata, "Wahai kiranya saya terima kelonggaran dari Nabi s.a.w."

Earlier Event: February 26
TAIF: The Movie Series
Later Event: March 13
GEMERSIK ALUNAN BURDAH - Yang Ke 6