Back to All Events

Ceramah: Membudayakan Sunnah Rasulullah s.a.w

  • Assyakirin Mosque 550 Yung An Rd Spore 618617 (map)

Sinopsis

Pengamalan Sunnah Rasulullah s.a.w. memerlukan kepada pemahaman yang baik dengan mempelajari ilmunya dari sumber yang betul.

Mempelajari dan memahami Sunnah seharusnya membentuk muslim yang berakhlak mulia dan bukan sebaliknya

Perbezaan pandangan dalam sesuatu hukum berdasarkan sunnah seharusnya diterapkan juga nilai roh dan adab yang ditonjolkan oleh para sahabat dan para ulama’ dalam mereka berbeza pandangan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Yang bermaksud: “Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya serta paling sayang terhadap istrinya.” HR. Ahmad, At-Tirmidzi

Dalam tradisi Mazhab Syafi’i, doa Qunut dibaca semasa solat subuh. Berbeza dalam tradisi Mazhab Maliki, tiada doa Qunut dalam solat subuh. Namun, perbezaan tradisi itu tidak membuat hubungan mereka retak, mereka tetap menjadi guru dan murid yang saling menghormati pandangan masing-masing.

Suatu hari, Imam Syafi’i berkunjung dan menginap di rumah Imam Malik. Saling berkunjung dan menginap sudah menjadi kebiasaan antara mereka. Imam Syafi’i diminta gurunya menjadi imam untuk solat subuh. Kerana ingin menghormati gurunya, Imam Syafi’i tidak membaca doa Qunut dalam solat berjama’ah itu.

Begitu pun sebaliknya. Semasa Imam Malik menginap di kediaman Imam Syafi’i. Imam Syafi’i meminta gurunya mengimamkan solat subuh berjemaah. Dengan alasan yang sama, Imam Malik pun membaca doa Qunut.

Earlier Event: December 24
Maulidur Rasul