Back to All Events

Tahun ke Tahun: Apakah Bekalan Kita?

Sinopsis

Seseorang yang benar-benar menyedari akan kepentingan kehidupan dan masa hidupnya, beliau pasti akan merealisasikan peringatan Allah s.w.t. dalam surah al-‘Asr ayat, 1-3.

Kehidupan di dunia yang sementara ini merupakan peluang sekali yang tiada ulangannya. Masa muda kita, masa lapang kita, masa sihat kita merupakan sebaik-baik masa untuk memperbanyakkan amalam kita. Hilangnya nikmat ini akan megurangkan juga peluang untuk kita memperbanyakkan ibadah.

Rasulullah s.a.w. berpesan yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memegang bahu saya seraya bersabda: “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”, Ibn Umar berkata: “Jika kamu berada pada waktu petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada pada waktu pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua nikmat yang sering dilupakan kebanyakan daripada manusia; kesihatan dan kelapangan.” (Riwayat al-Bukhari)