Back to All Events

Keunikan Isi Al-Qur'an oleh Ust Dr Farid Ravi

  • Masjid Assyakirin (Dewan Solat Utama) 550 Yung An Road Singapore, 618617 Singapore (map)

Sinopsis

1.      Al-Qur’an bukan sahaja lembaran undang-undang tetapi ia dihiasi hikmah yang perlu difahami, dihayati dan diamalkan.
2.      Al-Qur’an juga merupakan panduan bagi manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

3.      Dengan mempelajari dan memahami Al-Qur’an melalui sumber yang betul, ia dapat menguatkan lagi keimanan kita dan memahami agama Islam dengan sebenarnya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Yunus ayat 57:
Yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Dalam ayat yang lain, firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 164:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”

Earlier Event: October 3
Tahun ke Tahun: Apakah Bekalan Kita?
Later Event: November 9
Gemersik Alunan Burdah