Apr
22
7:30 pm19:30

English Talk: RASULULLAH LOVES YOU!

  • Al-Muttaqin Mosque
Synopsis Allah shows His love by testing the one’s He love. Rasulullah s.a.w. gone thru hard time for years before He gained the experience journey of Isra’ & Mi’raj. It reminded us of a hadith narrated by Imam At-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w. had said meaning: “When Allah loves a group of people, He tests them”.

Synopsis

Allah shows His love by testing the one’s He love. Rasulullah s.a.w. gone thru hard time for years before He gained the experience journey of Isra’ & Mi’raj. It reminded us of a hadith narrated by Imam At-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w. had said meaning: “When Allah loves a group of people, He tests them”.

FREE ADMISSION

Nov
26
8:30 pm20:30

A.K.U: Cinta atau Nafsu

  • Masjid Al-Muttaqin


1. Pilihlah Jodoh yang Baik Agamanya,

Yakni Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Agama seharusnya dijadikan kriteria utama ketika seseorang menentukan pasangan hidup. Jika tidak bisa mendapatkan tiga kriteria lainnya yang sudah ditetapkan Nabi SAW diatas, minimal harus mendapat satu kriteria ini. Orang yang baik agamanya pastinya memiliki tingkat ketaqwaan yang tinggi. Sehingga akan membawa keluarga yang taat pada aturan Allah dan Rasul-Nya.


2. Enak Dipandang Karena Kecantikan atau Ketampanannya

“Dan di antara tanda kekuasaan Allah ialah Ia menciptakan bagimu istri-istri dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram denganya.” (QS. Ar Ruum: 21)


3. Nasabnya atau Silsilah Keturunannya

Seorang dan wanita juga dianjurkan untuk meminang atau menerima pinangan dengan terlebih dahulu mengetahui tentang nasabnya (silsilah keturunannya). Pasalnya keluarga berperan besar dalam mempengaruhi ilmu, akhlak dan keimanan seseorang. Jika keluarganya baik, maka bisa dipastikan anak-anaknya juga seseorang yang baik.


4. Setara Hartanya

Pada zaman Nabi hal ini pernah terjadi, dimana Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu dari kalangan biasa dinikahkan dengan Zainab binti Jahsy radhiyallahu ‘anha. wanita terpandang dan cantik. Hasilnya pernikahan mereka pun tidak berlangsung lama. Namun dari keempat kriteria ini faktor agama lah yang seharusnya di dahulukan. Wallahu a'lam bishawab
 

Sep
24
8:30 pm20:30

Pengorbanan Seorang Wanita

  • Masjid Al-Muttaqin

Sinopsis

Seseorang wanita itu dikurniakan pelbagai peranan sehinggakan sebahagian daripada kita mengambil ringan akan pengorbanan mereka dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.

Sebahagian wanita juga memainkan peranan tambahan dengan menjaga kebajikan orang tuanya dengan izin suaminya berbanding adik-beradik lelakinya yang mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan seperti anak lelaki sering memberi alasan Isteri tidak suka, keluarga besar rumah tidak ada tempat dan pelbagai alasan lain yang diberikan oleh anak-anak lelaki ini.

Hargailah seorang wanita itu dengan mengiktiraf sumbangan mereka, berilah mereka layanan yang baik, sokonglah mereka dalam menjalankan usaha yang baik, bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman:

Yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Al-Rum, ayat 21)

Dari Samurah bin Jundub r.a.:

Yang bermaksud: “Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk; jika kamu meluruskannya, maka kamu mematahkannya. Jadi, berlemah lembutlah terhadapnya, maka kamu akan dapat hidup bersamanya.” (Riwayat Ibn Hibban, al-Hakim, al-Tabrani - Hadith Marfu’)

Aug
27
8:45 pm20:45

A.K.U - Apa Kata Ustaz?

  • Al-Istighfar Mosque

Sinopsis:

Keruntuhan akhlak dalam keluarga berpunca dari kesilapan kita membudayakan kehidupan
yang tidak seharusnya diamalkan dalam kehidupan seperti Memutuskan hubungan Silatur
Rahim, Pengabaian anak-anak atau ibu bapa, menegur dengan kata-kata nesta dan
sebagainya.

Rasulullah s.a.w. menyantuni keluarga Baginda dan kita sebagai pencinta Rasul seharusnya
membudayakan perkara yang sama.
Perintah Allah s.w.t. untuk memlihara diri dan ahli keluarga meningatkan kita akan
kepentingan untuk membimbing ahli keluarga kepada kebaikan dan bukan hanya diri
sendiri. Hidupkanlah budaya beribadah berjemaah dalam keluarga serta meluangkan masa
yang berfaedah bersama keluarga semasa hujung minggu.

Firman Allah s.w.t.:
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya
kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim: ayat 6)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik bagi keluarganya. Dan aku orang yang
paling baik bagi keluargaku” [HR. At Tirmidzi no: 3895 dan Ibnu Majah no: 1977]

May
14
2:00 pm14:00

Majlis Sirah Rasulullah s.a.w

  • Masjid Al-Muttaqin

Masjid Al-Muttaqin menganjurkan Majlis Sirah Rasulullah s.a.w. Ia akan berlangsung pada hari sabtu, 14 Mei 2016 dari jam 2ptg hingga 10.30mlm. Majlis itu akan diserikan dengan sesi pidato, acara berpantun, kuiz: "Kita Orang Muslim Sejati" dan cukur rambut bagi bayi yang baru dilahirkan. Majlis ini akan diakhiri dengan tazkirah, selawat dan bacaan burdah selepas solat maghrib.

Apr
9
8:30 pm20:30

Ceramah: Fatwa & Konteks Semasa: Apakah Kaitannya?

  • Masjid Al-Muttaqin

Sinopsis

Apakah perbezaan fatwa, fiqh, syariat dan soal jawab agama.

Bagaimanakah sebahagian fatwa di Singapura berbeza dengan fatwa di negara-negara jiran dalam satu-satu isu yang sama.

Mengapakah sesuatu fatwa mempunyai kaitan dengan konteks semasa.

Mar
23
7:30 pm19:30

Solat Sunnat Gerhana Bulan

  • Al-Muttaqin Mosque

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah sebuah tanda dari tanda-tanda Allah SWT. Keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kelahirannya.
Bila kalian mendapati gerhana, maka lakukanlah solat dan berdoalah hingga selesai fenomena itu.
HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad

Feb
27
8:30 pm20:30

Ceramah: Keseimbangan Dalam Kehidupan

  • Masjid Al-Muttaqin

Sinopsis

Mempelajari dan mendalami sesuatu ilmu memberikan kesederan bahawa keperluan di dunia dan di akhirat perlu diseimbangkan sepertimana gaya hidup sihat dapat dijaga dengan adanya keseimbangan.

Ekstrimism dalam pengamalan agama atau mengejar keduniaan semata-mata dapat membawa kepada kecelaruan dalam kehidupan.

Menerima perbezaan pandangan dalam urusan agama atau kehidupan dengan hati yang terbuka selagimana ia tidak menyalahi syarak kerana ia merupakan sunnah dalam kehidupan.

Kata-kata mutiara: “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan berilmu. Barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan berilmu.” (Imam Syafi’i & Imam Ali)

Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya yang bermaksud: "Wahai Abdullah! Benarkah khabar orang kepada ku, bahawa engkau puasa sepanjang siang dan bangun untuk solat sepanjang malam?" Jawab ku, "Benar, ya, Rasulullah!" Sabda Nabi s.a.w., "Janganlah engkau lakukan lagi. Puasalah sehari dan berbukalah sehari. Bangunlah dan tidurlah! Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atasmu; matamu mempunyai hak atasmu; isteri mu mempunyai hak atasmu; dan tamumu mempunyai hak atasmu. Dan sesungguhnya cukuplah kiranya jika engkau puasa tiap-tiap bulan tiga hari. Maka untuk setiap kebaikanmu akan dibalas sepuluh kali lipat. Sesungguhnya yang demikian itu sama dengan puasa sepanjang masa." Kerana aku minta diperbanyak, maka diperbanyak untukku. Aku berkata, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku sanggup." Jawab Nabi s.a.w., "Puasalah seperti puasa Nabi Dawud a.s. dan jangan engkau lebihi dari itu." Tanya ku, "Bagaimana puasa Nabi Dawud a.s.?" Sabda beliau, "Seperdua masa." Setelah masa tuanya, Ahdullah berkata, "Wahai kiranya saya terima kelonggaran dari Nabi s.a.w."

Feb
26
2:30 pm14:30

TAIF: The Movie Series

  • Al-Muttaqin Mosque

Programe Highlights

  • The session includes having lunch together and watching educational and inspirational movies, with the purpose of facilitating healthy and group interaction among youths.
  • Youths are well-acquainted with social media such as snippets, vines, movies etc. As such, it is hoped that the proposed activity of watching a movie together will facilitate a deeper level of discussion among youths on moral values and decision making. In turn, this activity is aimed at getting youths to stay in the mosque more often rather then hanging around at void decks, malls or engage in non-beneficial activities, and bringing them closer together for the sake of Allah S.W.T.

"What show? Free show".

 

  1. When? After Friday prayers

  2. Where? MPH Level 2

  3. What? Movie screening, makan

  4. Who? Youths from 13 - 21 (Sec, ITE, Poly students)
     

IT'S FREE!! Tell us your coming by filling the online form below!


PERSONAL DATA PROTECTION ACT

In compliance with the Personal Data Protection Act ("PDPA"), AL-MUTTAQIN MOSQUE  

seeks your consent to collect and use your personal data (i.e. Name, NRIC/Passport number, contact numbers, mailing and email addresses) in order to maintain the student enrolment registers and to disclose such personal data to the relevant educational authorities where necessary ("Purposes").

AL-MUTTAQIN MOSQUE will also collect and use your personal data to provide you with information on our activities such as upcoming mosque events, seminars, workshops, conferences and field trip programmes organised by AL-MUTTAQIN MOSQUE and its affiliated organisations which may be relevant to you ("Services"). 

Jan
30
3:00 pm15:00

Yaqin Ladies Night Episode 3 - Flea Market

  • Al-Muttaqin Mosque

Salam to all entrepreneurs / online biz sellers out there

We are organising a flea market for all ladies, YaQin is looking for vendors who are interested to join us in our niche programme; "YaQin Ladies Night eps. 3".

If you're selling the below items and wish to join us; why not?
1) Muslimah accessories
2) Muslimah wear
3) Shawls & Hijabs
4) Muslimah solat attire
5) Photo booth service
6) Books / Educational products
7) Beverages
8) Foods (packed food; heavy)
9) Others; please state

Kindly make payment via Bank Transfer

OCBC Current A/C: 591-118633-001 | Bank Code: 7339

or walk in to our front office

Look at our opening hours here

Jan
23
8:00 pm20:00

Ceramah: Membudayakan Sunnah Rasulullah s.a.w

  • Assyakirin Mosque

Sinopsis

Pengamalan Sunnah Rasulullah s.a.w. memerlukan kepada pemahaman yang baik dengan mempelajari ilmunya dari sumber yang betul.

Mempelajari dan memahami Sunnah seharusnya membentuk muslim yang berakhlak mulia dan bukan sebaliknya

Perbezaan pandangan dalam sesuatu hukum berdasarkan sunnah seharusnya diterapkan juga nilai roh dan adab yang ditonjolkan oleh para sahabat dan para ulama’ dalam mereka berbeza pandangan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Yang bermaksud: “Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya serta paling sayang terhadap istrinya.” HR. Ahmad, At-Tirmidzi

Dalam tradisi Mazhab Syafi’i, doa Qunut dibaca semasa solat subuh. Berbeza dalam tradisi Mazhab Maliki, tiada doa Qunut dalam solat subuh. Namun, perbezaan tradisi itu tidak membuat hubungan mereka retak, mereka tetap menjadi guru dan murid yang saling menghormati pandangan masing-masing.

Suatu hari, Imam Syafi’i berkunjung dan menginap di rumah Imam Malik. Saling berkunjung dan menginap sudah menjadi kebiasaan antara mereka. Imam Syafi’i diminta gurunya menjadi imam untuk solat subuh. Kerana ingin menghormati gurunya, Imam Syafi’i tidak membaca doa Qunut dalam solat berjama’ah itu.

Begitu pun sebaliknya. Semasa Imam Malik menginap di kediaman Imam Syafi’i. Imam Syafi’i meminta gurunya mengimamkan solat subuh berjemaah. Dengan alasan yang sama, Imam Malik pun membaca doa Qunut.

Dec
24
6:15 pm18:15

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul @ Masjid Al-Muttaqin

6:15ptg - Bacaan Diba'i & Selawat(oleh Kumpulan Al-Faizun)
7:06mlm - Azan Maghrib & Solat berjemaah
7:35mlm - Bacaan Yasin & Tahlil
8:21mlm - Azan Isyak & Solat berjemaah
8:45mlm - Jamuan Ringan & Bersurai

Oct
24
8:30 pm20:30

Keunikan Isi Al-Qur'an oleh Ust Dr Farid Ravi

  • Masjid Assyakirin (Dewan Solat Utama)

Sinopsis

1.      Al-Qur’an bukan sahaja lembaran undang-undang tetapi ia dihiasi hikmah yang perlu difahami, dihayati dan diamalkan.
2.      Al-Qur’an juga merupakan panduan bagi manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

3.      Dengan mempelajari dan memahami Al-Qur’an melalui sumber yang betul, ia dapat menguatkan lagi keimanan kita dan memahami agama Islam dengan sebenarnya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Yunus ayat 57:
Yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Dalam ayat yang lain, firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 164:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”

Oct
3
8:30 pm20:30

Tahun ke Tahun: Apakah Bekalan Kita?

Sinopsis

Seseorang yang benar-benar menyedari akan kepentingan kehidupan dan masa hidupnya, beliau pasti akan merealisasikan peringatan Allah s.w.t. dalam surah al-‘Asr ayat, 1-3.

Kehidupan di dunia yang sementara ini merupakan peluang sekali yang tiada ulangannya. Masa muda kita, masa lapang kita, masa sihat kita merupakan sebaik-baik masa untuk memperbanyakkan amalam kita. Hilangnya nikmat ini akan megurangkan juga peluang untuk kita memperbanyakkan ibadah.

Rasulullah s.a.w. berpesan yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memegang bahu saya seraya bersabda: “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”, Ibn Umar berkata: “Jika kamu berada pada waktu petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada pada waktu pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua nikmat yang sering dilupakan kebanyakan daripada manusia; kesihatan dan kelapangan.” (Riwayat al-Bukhari)