PEMBELAJARAN AL-QURAN ASY-SYIFA’ 

Asy-syifa' adalah satu program pembelajaran Al-Qur'an secara modul. Menggunakan kaedah yang sangat mudah untuk difahami dan mengenali Al-Qur'an dalam masa yang singkat. Asatizah yang mengajar juga adalah dari kalangan yang berkelulusan dalam bidang Al-Qur'an.

Program Asy-Syifa' diterbitkan untuk peserta-peserta yang belum mengenal Al-Qur'an dan juga kepada peserta yang ingin mendalami ilmu Al-Qur'an. Kami dari Al-Muttaqin akan sentiasa cuba sedaya upayauntuk melahirkan pencinta Al-Qur'an dan juga melahirkan guru-guru Al-Qur'an yang mampu untuk mengamalkan hadith "sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari ilmu al-quran dan mengajarkannya"

Wallahu a'lam.


Struktur Pembelajaran Al-Quran Asy-Syifa’ 2019

STRUCTURE.png

KURIKULUM PEMBELAJARAN

1. Iqro (Buku Iqro Ustaz As’ad Humam)

  • Pengenalan Huruf Hijaiyyah

  • Penghafalan Huruf Hijaiyyah

  • Pengenalan 6 Baris

  • Pembacaan kitab iqro’

  • Pengenalan kadar panjang dan pendek Mad (asas)

2. Asas Al-Quran (Kitab Al-Quran- Mushaf Al-Quran Waqaf Ibtida’ cetakan Telaga Biru)

  • 5 Surah Pilihan

  • Pengenalan pembacaan

  • Teknik kelancaran membaca

  • Teknik pengawalan nafas

  • Mengenali hukum-hukum dengung dan mad (asas)

3. Al-Quran Pertengahan (Buku Tajwid Abu Mardhiyyah)

  • Tajwid

  • Sifat & Makhraj Huruf

  • Pemahaman Nun & Mim Sakinah

  • Pemahaman nama dan hukum-hukum mad

  • Teknik membaca dengan lancar (Lanjutan)

4. Pemahaman Bahasa & Sejarah Al-Quran (Nota Bahasa Dan Sejarah Al-Quran)

  • Pengenalan Bahasa Arab

  • Memahami 50% dari Bahasa Al-Quran

  • Pemahaman tentang sejarah Al-Quran (asas)

5. Talaqqi 30 Juz’ Al-Quran (Mushaf Al-Quran Waqaf Ibtida’ cetakan Telaga Biru)

  • Membaca 30 juz Al-Quran

  • Meneliti dalam pembacaan dan kelancaran

  • Mengaplikasikan hukum-hukum tajwid dengan tepat

  • Mengawal pembacaan dengan baik


Pendaftaran sudah dibuka! Sila isikan borang yang disediakan

Bayaran $20 untuk pendaftaran

Cara-cara pembayaran:-

  1. Pindahan Wang (Bank Transfer): OCBC Current A/C: 591-118633-001 | Bank Code: 7339 | Branch Code: 591 dan beritahu kami ditalian 6454 7472

  2. Buat bayaran tunai atau NETS di pejabat Masjid Al-Muttaqin pada waktu pejabat.

    Lihat waktu pejabat disini